Wednesday, August 29, 2012

Antara Taktikal terbaik bola sepak..




Swansea City

Brendan Rodgers,bekas pengurus Swansea FC pernah berkata "saya suka mengawal permainan. Jika anda mempunyai possession bola yang lebih banyak dari lawan anda, anda seharusnya mempunyai peluang lebih besar untuk memenangi game tersebut. Jika anda tidak mendapat bola, anda tidak akan berjaya menjaringkan gol".

Apabila dia disoal mengenai pasukannya, Rodgers menjawab "template utama saya adalah organisasi. Dengan mengawal bola, anda harus tahu corak pergerakkan, rotation antara player, kelancaran serangan dan positioning pasukan sepanjang game."

Ketika ditemubual oleh journalis, Duncan White, Rodgers telah melukis di atas kertas, satu bentuk padang, sebelum dibahagi kepada 8 zon dan kemudian baru dia melukis formasinya. Pembahagian zone ini merujuk kepada kedudukan setiap pemain ketika dalam possession, dan setiap pemain harus memainkan peranan tertentu termasuklah centre back dan GK sambil berkata "apabila kami mengawal bola, setiap pemain adalah pemain bola. Bezanya Swansea dan team2 lain adalah kami bermain dengan 11 pemain, sementara team2 lain bermain dengan 10 pemain dan 1 GK"

Buat pertama kali, formasi dilihat bukan dari segi defender, midfielder dan forwrd tetapi adalah 7 zon di atas padang.

Centre Forward, Inside Forward yang kreatif dan attacking Wing Back adalah sama seperti kebiasaan seperti review2 yang telah dilakukan sebelum ini. Tiada banyak perubahan atau ulasan yang perlu dilakukan. Tetapi zon 1, 2, 3 dan 5 bertindak sebgai teras bagi build up play dan menentukan kejayaan mengawal possession sepanjang 90minit.

Zon1 
GK, Michael Vorms bertindak sebagai sweeper. Worms merupakan keeper yang selesa mengawal bola dengan kaki dan menjadi 'pressure relied' buat team-mate yang diasak. Sama seperti peranan Victor Valdes yang bukan sekadar GK.

Zon2 
Zon 2 meliputi dua Centre Back(CB). Kedua2 CB bagi Swansea adalah berperanan untuk mengawal possession. CB akan menjadi pressure relief kepada midfielder dan menerima first pass dari GK. Vorms tidak seperti kebanyakkan GK, akan melakukan short goalkick kepada kedua-dua CB, dan ini menunjukkan build up play akan bermula dari GK atau CB.

Zon3
Dalam mengawal possession, zon 3 amatlah penting. Pemain di zone ini haruslah bagus dalam mengawal bola dari asakan lawan dan melakukan hantaran pendek ketika game. Leon Britton, seorang Deep Lying Playmaker yang mempunyai pass completion rate 93.3 % yang setanding dengan Pirlo dan Xavi bermain di posisi ini. Dia akan menjadi receiver utama untuk menerima passing apabila team-mate di bahagian midfielder ditekan lawan.
Xavi pernah berkata “I get the ball, I pass, I get the ball, I pass, I get the ball, I pass” menunjukkan kepentingan untuk mengawal bola dalam keadaan tertekan.

Zon 5
Pemain di zon 5 berperanan untuk mencari ruang di bahagian ini. Kedua2 centre midfielder perlu mempunyai passing ability yang tinggi, bijak mengawal possession, mempunyai stamina yang tinggi dan menjadi box-to-box midfielder. Pemain ini akan menjadi titik di mana mereka akan berupaya mengubah tempo permainan dan arah bola dihantar. Pemain di zon 3 dan 5 perlulah mempunyai 90% pass completion rate untuk membolehkan system ini berkesan.

Zon 4
Pemain perlu sentiasa support team-mate ketika dalam possession. Sedia untuk berlari ke hadapan dan membuat hantaran lintang ke dalam zon G.

Zon 6
Zon di mana pemain yang creative akan berlegar di kawasan sayap sebelum 1)membuat larian 2) membuat killer pass 3)bersedia untuk crossing 4)dribble pemain lawan

Zon 7
Zon 7 memerlukan pemain yang mempunyai teknikal ability yang baik, mampu untuk hold up bola dan menjadi link up untuk serangan.

Zon G 
Zon G digambarkan zon di mana peluang menjaringkan gol akan dimaksimakan. Sistem Swansea tidak memerlukan pemain untuk terdesak untuk try dari jarak jauh tetapi adalah untuk melihat pilihan terbaik ketika berada di kawasan ini.

Secara keseluruhan, sistem Swansea menuntut setiap pemain untuk “defend from the front” dengan striker menjadi first defender untuk merampas kembali bola, “keep men behind the ball” bererti cepat2 turun bertahan ketika bola dikuasai lawan, dan GK perlu menjadi sweeper apabila lawan cuba bermain high ball untuk melepasi back line. Ini berbeza dengan kamus tradisional bolasepak yang mana hanya pemain defensive melakukan kerja bertahan sementara pemain attacking bersedia untuk counter attack.


Mengulas tentang Swansea, ada 2 pemain terpenting dalam Swansea

1) Michael Vorms
Rodgers pernah berkata "pemilihan Vorms sebagai GK adalah kerana dia sesuai dengan corak permainan kami yang memulakan serangan dari bawah. Elemen terpenting untuk GK adalah menyelamatkan bola, tapi dengan corak permainan kami, adalah penting untuk memiliki GK yang selesa mengawal game dengan kakinya. Vorms boleh mengawal permainan dari belakang dan membantu dalam build-up play"

2) Leon Britton
Playmaker Swansea, Britton mempunyai passing rate completion lebih tinggi dari Xavi (Britton 93.3%, Xavi 93.0%), dengan Swansea mempunyai passing completion rate yang keenam paling tinggi di seluruh Eropah di belakang Barcelona 89.2, Bayern Munich 87.0, Manchester City 86.2, Real Madrid 85.5, 
Chelsea 85.5 dengan Swansea City merekodkan 85.2%

http://www.telegraph.co.uk/sport/football/teams/swansea-city/9017511/Swanseas-Leon-Britton-has-better-passing-stats-than-Xavi.html

No comments:

Post a Comment